Takrif وسط
Terdapat dua takrif, dari segi bahasa dan istilah.
Pertama: Bahasa
Pada bahasa seperti kata Ibn Manzur dalam kitabnya Lisan al-Arab ialah: Pertengahan sesuatu yang berada antara dua kedudukan.
Dalam Asas al-Balaghah ialah dengan maksud terbaik. Daripadanya juga dengan maksud bersederhana seperti nafkah (hal 498).
Mengikut al-Qamus al-Muhit pula, wasat dengan makna paling adil dan terbaik (7/430).
Kedua: Istilah
Sama seperti makna bahasa, kecuali ulama’ menyebut tawassut merupakan keadaan yang dipuji pada ghalibnya yang berdiri di atas asas akal insani yang sejahtera dengan fitrah dan menyelamatkannya daripada cenderung kepada melampau atau cuai.
Benarlah kata-kata Imam Abu Ishaq al-Shatibi di dalam al-Muwafaqat (3/163) – wasat merupakan sebesar-besar syariat dan Ummu al-Kitab.
Ini berdasarkan dalil-dalil al-Quran antarnya:
- Firman Allah:
Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Sujudlah kamu sekalian kepada yang Maha Penyayang”, mereka menjawab:”Siapakah yang Maha Penyayang itu? apakah kami akan sujud kepada Tuhan yang kamu perintahkan kami(bersujud kepada-Nya)?”, dan (perintah sujud itu) menambah mereka jauh (dari iman). (Surah al-Furqan:60)
- Firman Allah SWT:
Maksudnya: Katakanlah: Serulah Allah atau Serulah Ar-Rahman. dengan nama yang mana saja kamu seru, dia mempunyai Asma al-Husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu. (Surah al-Isra’: 110)
- Firman Allah:
Maksudnya: Mereka menjawab: Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar dia menerangkan kepada Kami sapi betina apakah itu. Musa menjawab: Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang tidak tua dan tidak muda pertengahan antara itu maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. (Surah al-Baqarah: 68).
Seterusnya penulias menutup isu ini perbahasan isu ini dengan apa yang dikemukakan oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Mausu’ah al-Fiqh al-Islami al-Mua’sir (6/468) iaitu pertengahan antara dua pihak sama ada pada binatang, tempat, tempat ternakan dan keadaan kahidupan. Ibarat yang paling hampir dalam bahasa terkini sebagai ekonomi iaitu berada di antara dua keadaan yang seimbang.
KETIGA: PENGERTIAN أمة وسطًا
Berdasarkan nas al-Quran dan juga lughah, maka dapatlah dinyatakan pengertian Ummatan Wasata ini dengan pilihan Allah SWT bagi umat Islam yang wasat sebagai kemuliaan dan calon pilihan-Nya, di samping mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang unggul yang membezakan umat ini dengan yang lain kerana Allah SWT yang lebih mengetahui risalah-Nya dan Dia berfirman yang bermaksud: Kamu adalah sebaik-baik yang dikeluarkan daripada manusia, kamu menyeru kepada ma’ruf dan menjauhi kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah.
Rahmat Allah SWT yang luas setiap sesuatu yang dibina atas asas-asas, dihalakan dengan keistimewaan yang bersifat sentiasa kebersamaan selayaknya, justeru layaklah mereka dengan kemuliaan dan kemajuan.
Inilah tawassuf dan shahadah yang datang daripadanya ini membawa kepada kesempurnaan hayat keseluruhannya dalam dua benteng duniawi dan ukhrawi. Ini kerana tawassuf di dunia yang berlangsung hingga hari akhirat.
Ibn al-Arabi berkata: Yang dimaksudkan dengan wasata dari segi bahasa ialah al-khiyar iaitu adil. Sebahagian ulama’ mengatakan: Wasata diambil daripada kata wastu al-Syai’ (terbaik) bukannya daripada wastu yang membawa maksud pertemuan antara dua bahagian (iaitu pertengahan). Hal ini disebabkan umat ini ialah umat yang terakhir. Oleh itu yang dimaksudkan dengan wastu di sini ialah terbaik dan adil. Ini dibuktikan melalui firman Allah SWT pada ayat sambungannya yang bermaksud: “Supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.”
Dalam ayat ini Allah SWT memberitahu tentang nikmat yang dikurniakan kepada kita iaitu memuliakan kita dengan gelaran adil dan menjadikan kita sebagai umat yang menjadi saksi terhadap semua makhluk. Lalu Allah SWT menjadikan kita berada pada tempat terawal walaupun kita umat yang terakhir dari sudut zaman. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ.
Maksudnya: “Kamilah orang yang terkemudian dan terdahulu.”
Ini menunjukkan bahawa yang menjadi saksi ialah orang yang adil. Sesuatu tindakan tidak dilaksanakan terhadap orang lain melainkan melalui penyaksian orang lain yang adil. Nabi SAW bersabda:
إنَّ أُمَّتِيْ يَومَ الْقِيَامَةِ عَلَى كُومٍ، مُشْرِفِينَ عَلَى الْخَلائِقِ، مَا مِنَ النَّاسِ أَحَدٌ إِلاَّ وَدًّا أَنَّهُ مِنَّا، وَمَا مِنْ نَبِيٍّ كَذَّبَهُ قَوْمُهُ إِلاَّ وَنَحْنُ نَشْهَدُ أَنَّهُ قَدْ بَلَّغَ رَسَالَةَ رَبِّهِ عَزَّوَجَلَّ.
Maksudnya: “Sesungguhnya umat aku pada hari kiamat pada tempat yang tinggi dari sekalian makhluk, tiada di kalangan manusia seorang pun melainkan bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada kami, dan tiada daripada Nabi yang didustakan kecuali kami bersaksi bahawa sesungguhnya dia menyampaikan risalah Tuhannya Azza wa Jalla.”
Di samping itu, mesti dimuqaddimahkan dengan ini di dunia yang mengumumkan bagi umatnya sebagai semulia-mulia sifat dan sikap. Inilah yang mempengaruhi ditambah dengan kemuliaan akhlak yang bersifat dengan golongan pilihan daripada seluruh umat. Ini kerana tidak diterima akal penyaksi yang ketinggalan daripada taraf yang disaksikan ke atasnya.
Begitulah wasatiyah Islam pada permulaannya. Wasatiyah hadhariah serta syahadah umatnya atas setiap umat manusia di dunia sebelum berakhirnya di akhirat.
Yang sedemikian adalah modul perjalanannya yang istimewa di dunia sama ada ilmu, kefahaman dan akhlak. Dengan tasawwuf mempunyai keadilan antara kefahaman dan akal, dengan keselariannya antara pertimbangan rohani dan maddi.
Masyarakat dan individu adalah contoh untuk menjadi petunjuk kepada manusia yang diseru kepadanya tetapi ia tidak dapat ditanggung.
oleh:
Dr Zulkifli Al Bakri


